jump to navigation

bersih itu indah March 7, 2008

Posted by herihidayat in Blogroll.
trackback

nwar Akan Cemari Perhimpunan BERSIH

Perhimpunan sebuah NGO yang menggunakan nama BERSIH pada 10 November ini di Dataran Merdeka mungkin berniat baik. Mereka inginkan pilihan raya yang bersih.

Namun apabila Malaysiakini.com melaporkan pengesahan kehadiran Datuk seri Anwar Ibrahim dalam perhimpunan 100 ribu orang itu, penulis merasakan ia akan memberi natijah dan implikasi yang berlainan sama sekali.

Sejarah membuktikan bahawa setiap kali apa sahaja bentuk bantahan atau protes yang membabitkan Anwar sebagai dalang, mastermind mahu pun penggerak akan berakhir dengan keganasan, kacau-bilau dan huru hara.

Demontrasi kemiskinan Baling 70-an

Kita hanya perlu berbalik pada tahun 70-an bila Anwar antara penggerak Demontrasi Kemiskinan Baling mencetuskan huru hara besar di kampus Universiti Malaya. Anwar tahu bahawa ia perlu memainkan emosi orang ramai untuk mendapat perhatian dan sokongan besar. Justeru bagi melaksanakan agenda beliau maka cerita kemiskinan ketika itu ditokok tambah bagi menarik sentimen para pelajar.

Sehingga hari ini dakwaan kumpulan Anwar bahawa terdapat petani yang mati kebuluran di Baling tidak pernah dapat beliau buktikan.

Kekecohan APCET II

Pada 9 November 1996, satu Persidangan Asia Pasifik Mengenai Timor Timur ke -2 (Apcet II), telah diadakan bagi mempromosi kemerdekaan Timor Timur dari Indonesia. Persidangan ini khabarnya ditaja oleh kerajaan Portugal dan beberapa pertubuhan Kristian.

Kerajaan Malaysia jelas tidak bersetuju dengan persidangan ini kerana ia membabitkan masalah dalaman Indonesia dan juga membabitkan sensitiviti agama. Namun kerajaan tidak boleh berbuat apa-apa kerana ia merupakan persidangan dalam tempat tertutup yang tidak memerlukan permit polis dan tiada pelanggaran undang-undang.

Bantahan dari pelbagai parti politik dan NGO sudah pun disuarakan. Namun penganjur nekad meneruskannya.

Pada hari tersebut, Pemuda UMNO dengan diketuai oleh Saifuddin Nasution, Abdul Rahim Ghouse dan sebilangan EXCO Pemuda UMNO dan pemimpin NGO mengetuai Barisan Bertindak Rakyat Malaysia (BBRM) menyerbu persidangan tersebut atas Anwar Ibrahim.

Ini menyebabkan Polis mengambil keputusan menyuraikan perhimpunan tersebut. Lebih 100 orang dari kedua-dua kumpulan ditangkap.

sila baca APCET II: Dulu Anwar Dapat Nama, Sekarang Mahathir Yang Salah)

Konflik Islam – Kristian

Jangan juga dilupakan bahawa hampir tercetus konflik Islam-Kristian di Malaysia apabila Anwar (ketika itu Timbalan Perdana Menteri) membawa seorang penceramah terkenal Ahmad Deedat untuk mendebatkan kebenaran Islam berbanding Kristian secara terbuka di Dataran Merdeka. Sungguhpun tidak banyak dilaporkan media, namun peristiwa tersebut hampir mencetuskan konflik agama yang besar.

Bagi menutup kesilapan beliau dan mengurangkan konflik dalam senyap ini, kerajaan telah mencadangkan penubuhan Institut Dialog Perdaban di Universiti Malaya dan Anwar diberi tanggungjawab khusus mengumumkan dan melaksanakannya.

Kekacauan 1998

Pada 1998, apabila Anwar dipecat dari kerajaan dan UMNO, beliau sekali lagi mencetuskan kekacauan dan huru hara di Kuala Lumpur. Beliau menjelajah ke serata negara mempertahankan dirinya dan menghasut orang ramai bangun menentang kerajaan. Kemuncaknya di Kuala Lumpur beliau menyampaikan ucapan berapi-apai kepada puluhan ribu pengikutnya dan menggesa mereka berarak ke PWTC dan seterusnya ke Seri Perdana.

Ruang legar PWTC dimusnahkan oleh penyokongnya, Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) menjadi huru hara dan akhir sekali puluhan ribu penyokongnya berkumpul di Seri Perdana untuk menjatuhkan Perdana Menteri yang diberi mandat oleh jutaan penduduk Malaysia.

Dalam keadaan Kuala Lumpur yang penuh kekacauan itu, Anwar tidak pula bersama penyokongnya. Sebaliknya beliau pulang berehat ke rumah.

Jika tidak ditangkap oleh Polis malam tersebut, nescaya tiada siapa tahu bahawa Anwar menyusup pulang ke rumah selepas mengarahkan penyokongnya berarak menunjuk perasaan di sekitar Kuala Lumpur.

Anwar mempunyai rekod yang cemerlang dalam membakar emosi orang dan menimbulkan kekacauan.

Justeru perhimpunan 100 ribu orang sabtu ini amat sukar sekali dijalankan dalam keadaan baik dengan kehadiran Anwar dan Parti Keadilan Rakyat.

Sumber: http://anwarisme.blogspot.com

5 comments:

adil said…
aku sarankan agar polis bawa kelengkapan persenjataan yang cukup..peluru, bom tangan, roket, torpedo, mortar dan kalau sempat pinjamla 2 ke 3 biji kereta kebal daripada ATM untuk berhadapan dengan para perusuh yang bakal berhimpun ni besok..

dia yang penting tu keselamatan negara..isu p/raya tak bersih ni isu basi dah, nak nak pulak kalau dia kalah, hak yang dia menang haram tak bersebut apa pun..jadi aku tak nampak ada apa isu yang beria nak berarak jumpa raja tu melainkan saja nak buat kecoh disamping menutup cerita kegagalan nuar gay menyerahkan bukti clip video seperti yang diminta BPR…dan aku tak nampak apa yang raja boleh buat sebab ibarat kaki dan tangannya terikat oleh perlembagaan…pembangkang ni ingat negara ni Thailand ka?

maka keperluan persenjataan yang disebutkan di atas amat diperlukan bagi menjamin keselamatan BERJUTA lain rakyat Malaysia ni yang mahukan kedamaian dan keamanan..pada akula, setakat para pemimpin pembangkang tu bukan ada nilai satu sen pun…kakakakakaka.. (Adamyan-MyKMU)

November 2, 2007 2:48 PM
adil said…
Drp anwar dan kroni2nya dok prabih duit buat perhimpunan lebih baik guna duit tu pi daftarkan BA sebagai satu pertubuhan yg sah … kumpul duit banyak2 agih2kan antara parti komponen BA utk bertanding cukup kerusi …(siraplengkong-MyKMU)

November 2, 2007 2:50 PM
adil said…
perhimpunan mengarut menyusahkan org ramai saja..baiklah sorang dua je yg pergi hantar memorandum tu….hee hee Mat labu punya akai..dia nak ambil dari perhimpunan sami2 budha yg memakai baju kuning di myammar baru2 ni sebab tu dia org digalakkan memakai baju kuning..pandai gak ye tiru stail org budha pas ni tahniah…

November 2, 2007 2:55 PM
Sheikh Jibreel Al-Muhammady said…
Kalau apa yang dibawa mereka tu benda yang benar. Tak payah bawak beribu2 org jumpa YDPA Sultan Mizan. Cukuplah sorang dua orang. Anwar pastu boyfriend dia.

November 6, 2007 9:3

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: